Wednesday 17 December 2014

Bermulanya Minat dalam Oil & Gas - Part 1 - INSTEP

Dah lama sebenarnya aku cuba untuk menceburi di dalam bidang Oil N Gas yang sebenarnya..

Ini semua gara-gara terpengaruh dengan kata-kata ayah aku di mana beliau mengatakan "yeng, mu keje kat petronas la yen,,,gaji belas2 ribu,, keje duk depan komputer je"..

di situ lah saat di mana timbulnya perasaan ingin bekerja dengan syarikat PETRONAS...tapi ketika itu, aku tak bersungguh sangat, sebab aku masih tidak faham lagi erti BETAPA SUSAHNYA nak jadi kaya...haha..bukan setakat kaya, kadang-kadang nak cari kerja pun susah...

jadi, ketika itu, aku ikut je apa ayah aku kata...


dulu,, selepas SPM tahun 2009, aku pernah dapat tawaran untuk menghadiri SESI ujian IQ dan TEMUDUGA di Institut Teknologi PETRONAS (INSTEP) untuk kemasukan JAN 2011 ....

tapi malangnya (oleh kerana itu adalah FIRST INTERVIEW aku), aku tak berapa reti sangat bab-bab interview ni... tambahan pula, waktu tu aku NERVOUS tahap maksimum, lutut terketar-ketar macam mesin pahat...muka pulak punyalah pucat lesu macam mayat hidup...

dan dipendekkan cerita, aku GAGAL............

tapi itu baru permulaan....

dipendekkan cerita lagi, pada Januari 2011, aku daftar belajar di UniKL MIAT, diploma helicopter maintenance...dengar memang la power....tapi nak kerja punya lah susah...al-maklum, berapa bijik la sangat heli kat malaysia ni....tahun 2013 aku tamat belajar di UniKL MIAT...

awal tahun 2014,, aku cuba sekali lagi mohon untuk belajar di INSTEP (kursus PTP-1) kemasukan JULAI 2014....malangnya, aku langsung tak ditawarkan untuk menghadiri temuduga....

aku masih tak berputus asa,, sekali lagi aku mohon INSTEP (kursus PTP-1 juga) untuk kemasukan JAN 2015.... alhamdulillah, aku dapat TAWARAN menghadiri UJIAN IQ dan juga SESSI temuduga di Hotel Grand Continental di Bandar Kuala Terengganu..

dan............

alhamdulillah aku mendapat tawaran bahagian PROSES...aku pun tak tahu macam mana bahagian proses ni..dengar cerita duduk di CONTROL ROOM sahaja...

TETAPI ...................

belom tentu lagi aku dapat.... tawaran ini digelar sebagai "TAWARAN BERSYARAT" di mana aku mestilah LULUS medical checkup dahulu dan barulah aku dapat mendaftarkan diri sebagai PELAJAR INSTEP...

member-member cakap "ahhhh,, konfem lulusnya"...

tapi sebenarnya agak susah.... ini adalah FULL MEDICAL CHECKUP...dan ianya dilakukan sangat STRICT..

malangnya, tekanan darah aku agak tinggi sedikit...sedikit je padahal...kasi ejas la doktor...tapi doktor taknak kasi...aiyaa...

naseb baik doktor bagi aku peluang,...aku kena datang sekali lagi check tekanan darah....

balik je rumah, terus aku cari artikel cara ingin mengurangkan tekanan darah..
ayah aku juga turut berasa bimbang akan PERKARA yang pelik ini..kerana MUDA-MUDA lagi dah ada darah tinggi...haha...bukan darah tinggi sebenarnya...tapi PRE-HIGH BLOOD PRESSURE(130/90)..namun, tetap INSTEP tidak mahu terima..macam2 perkara aku buat termasuk la, lebihkan exercise (joging, badminton, workout dalam rumah, dan sbgnya), amalkan minum air limau panas tanpa gula, amalkan air rebusan asam keping, minum sedikit air rebusan misai kucing bersama halba pada setiap malam....

minggu depan berikutnya, aku datang, check
sekali check, tekanan darah masih tinggi...
kali kedua, tinggi
kali ketiga, akhirnya,,, nilai tekanan darah aku KENA dengan apa yang INSTEP mahukan...

so pihak KLINIK buat report dan dia kata aku boleh balik ke rumah sekarang...

rasa agak lega sedikit....

sekarang, aku hanya mampu BERDOA dan BERHARAP agar dapatlah TAWARAN untuk sambung belajar di INSTEP kemasukan JANUARI 2015....

sekian....
assalamualaikum

No comments:

Post a Comment