Wednesday 25 March 2015

Serba Sedikit Mengenai Kehidupan Aku

First cita-cita yang pernah aku ungkapkan adalah ingin menjadi ASKAR atau POLIS...
waktu tu aku berusia 7 tahun...

apabila aku menjelang dewasa, cita2 aku berubah kepada engineer, pilot, pelakon, computer technician, dan macam-macam lagi cita2 aku...haha.

tapi,

yang sebenar-benarnya, sejak aku berumur 12 Tahun, minat aku adalah LEBIH terhadap komputer...

sejak aku berusia 12 tahun, aku dah mula belajar REPAIR komputer..bukan setakat itu sahaja, waktu tu, aku sudah tahu menggunakan mIRC, aku tahu menulis HTML dan buat website di yahoo GeoCities.. oleh kerana BIDANG komputer ini boleh dikatakan berada di dalam aliran ENGINEERING, so, waktu aku form 4, aku ingin mengambil aliran KEJURUTERAAN namun tidak berjaya kerana ...kerana entah kerana apa...

so, aku dimasukkan ke aliran PERAKAUNAN...tanpa minat, aku tetap belajar perakaunan..alhamdulillah, aku sentiasa dapat A dalam subjek perakaunan...

waktu aku FORM 5, aku pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Pacific ICT Awards di Jakarta, Indonesia....kumpulan kami memilih WEBSITE SCHOOL untuk dibentangkan di sana...

setelah tamat SPM, aku mendapat tawaran Asasi Perakaunan di Matrikulasi Gambang Pahang...namun aku menolak, kerana TIADA minat...

aku dapat pula tawaran DIPLOMA SAINS KOMPUTER di UTeM, Melaka.. oleh kerana MINAT, aku setuju...namun,, 3 JAM sebelum bertolak ke sana,,tiba2 ayah berkata "yen, takyah pergi lah".. barang2 semua dah packing,,,tiba2 ayah aku berkata sedemikian,,apa boleh buat....oleh kerana aku taat, aku pun ikut je lah keputusannya dengan rasa agak kecewa, namun aku REDHA dengan ketentuan Illahi.. aku yakin pasti ada hikmah....

setelah SETAHUN berehat di rumah/kedai famili aku (sambil buat perkhidmatan repair komputer dan jaga cyber cafe), akhirnya aku mendapat tawaran DIPLOMA ENGINEERING in HELICOPTER MAINTENANCE di UniKL MIAT...entah kenapa AKU TERIMA...dan ayah aku pun secara SENANG, bersetuju....

setelah TIGA TAHUN belajar di UniKL MIAT (tamat je PRAKTIKAL untuk hari ini,,keesokan hari tu),,,aku pun terus bekerja sebagai IT Technician di Sungai Besi, Kuala Lumpur, sementara menunggu tawaran KERJA bahagian PENERBANGAN..... hanya bekerja dalam beberapa minggu, aku sangat mahir membuat kerja bahagian installation untuk ACCESS DOOR (magnet) dan attandance system...

empat bulan bekerja sebagai IT Technician,, aku merasakan GAJI yang diberikan sangat RENDAH dan tidak CUKUP (iaitu sebanyak RM1000.00).. sehinggakan badan aku pun makin KURUS macam penagih dadah...akhirnya aku dipaksa oleh ayah aku untuk BERHENTI BEKERJA..so aku pun berhenti kerja.....

rasa agak kecewa...kerana...kerana banyak benda...

1st, aku minat IT,,,namun, oleh kerana DIPLOMA yang aku ada tidak berkait dengan kerja aku,, aku hanya layak bekerja sebagai technician...

kedua, kecewa sebab langsung tak dapat tawaran bekerja di bahagian AVIATION...al-maklum, industri penerbangan di Malaysia ni kecik.....

tapi takpe...aku redha..aku yakin pasti ada hikmah...


sekali lagi, aku berehat di rumah selama SATU TAHUN....

dan akhirnya aku dapat tawaran belajar di UTP....
Bachelor of Engineering (honours) in Electrical and Electronics.... yang paling menarik, selama aku berada di rumah sebelum dapat tawaran UTP ni, aku cuba belajar bahasa programming JavaScript secara sendiri....... dan tak ku sangka apa yang aku belajar itu diguna dalam course EE ini...subjek PROGRAMMING, the first SUBJECT yang membuatkan aku terus bersemangat untuk TERUS BELAJAR di UTP ni...

sekian.....itu sahaja...assalamualaikum

No comments:

Post a Comment