Sunday 21 December 2014

Bermulanya Minat dalam Oil & Gas - Part 2 - UTP atau INSTEP

sambungan dari kisah PART 1 yang aku post sebelum ni...

sementara menunggu result INSTEP, aku pernah "saje2" apply untuk sambung DEGREE di UTP...untuk melengkapkan permohonan tersebut, aku perlu POS dokumen2 yang dinyatakan dalam BUKU PANDUAN dan aku perlu bayar rm30 untuk bahagian pengurusan la kot....sekiranya tak bayar, permohonan tersebut takkan dilayan....pikir punya pikir,, "ahhhh malas la aku bayar,, masuk INSTEP je lah" ...so aku abaikan pembayaran tersebut dan DOKUMEN2 yang diperlukan,, aku tak POS ke UTP....

lebih kurang dua minggu kemudian,,aku menerima SMS yang mengatakan aku ditawarkan untuk menghadiri EDUCAMP di UTP, Tronoh, Perak....


tanggal 19 DISEMBER 2014,,aku dan keluarga aku bertolak ke TRONOH, PERAK untuk menghadiri EDUCAMP tersebut....lebih kurang 8 jam perjalanan, akhirnya sampai di TRONOH,,,aku tumpang tidur di rumah pak sedara aku,, 5 minit je tempoh perjalanan dari rumah Pak Sedara ke UTP

20 DISEMBER 2014,,selama ni aku susah bangun awal, tiba2 hari tu aku bangun pukul 5.30 pagi....mandi2, makan2, siap2....aku pun berangkat ke UTP... fuhhh..pemandangan punya la indah...Dewannya punya la bapak besar dan design cantik plak tuh...

sampai je di tempat pendaftaran,, check nama, beri dokumen, dan last sekali yang RM30 aku belom bayar tu,, dia mintak aku bayar di kounter pembayaran...so aku pun bayar la.... selesai je pembayaran,,, aku duduk di dewan mendengarkan sedikit TAKLIMAT mengenai UTP....

selesai TAKLIMAT, kami dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu LAB1, LAB2, dan LAB3...ia dibahagikan mengikut siapa datang dulu dapat LAB1...oleh kerana aku lewat,, aku dapat LAB3...aku yang rasa aku paling awal ni, rupanya ada lagi yang TERPALING awal datang dari aku...

kitorang pun beratur mengikut kumpulan masing2 dan pergi ke LAB masing2....

di dalam makmal tersebut, akan ada DUA ujian di mana kami perlu menggunakan KOMPUTER iaitu ujian TSA dan CPSQ...

mula-mula kami perlu buat UJIAN TSA dahulu di mana ujian ini akan menguji tahap cara KITA MEMAHAMI sesuatu benda dan menguji TAHAP KITA BERFIKIR....nampak senang, tapi memang agak memeningkan...

seterusnya ujian CPSQ,,,ialah ujian untuk mengenal PERIBADI DIRI kita...yang ni takyah pikir..dia tanya berkenaan diri kita, kita jawab je...


aku punya special CASE sikit..haha...aku silap masuk password utk CPSQ dulu...so aku sorang je buat CPSQ dulu,,dan kemudian baru TSA....

selesai je DUA UJIAN BERKOMPUTER tu,,,,seterusnya adalah INTERVIEW....tapi bagi aku, ni bukan INTERVIEW..tapi SPEAKING TEST...haha...mungkin diorang TAK SEMPAT kot buat INTERVIEW...so diorang bagi SOALAN...dan kita kena bagi PENDAPAT,,, dalam BAHASA INGGERIS....lebih kurang dalam 5 minit sorang je...

ok...selesai INTERVIEW,,, seterusnya adalah (aku tak tahu nama ujian ni),, ujian soalan KIMIA,FIZIK,MATHEMATIC...20 soalan kimia, 20 fizik, 20 math...yang ni agak celaka sedikit...semua kluar soalan-soalan waktu sekolah dulu....

kimia aku BLANK terus otak...boleh la jawab satu dua soalan....

FIZIK alhamdulillah banyak jugak leh jawab...perlu tahu nilai acceelaration GRAVITY....kebanyakan tanya soalan berkaitan SPEED,velocity,acceleration dan sebagainya..

MATHEMATIC alhamdulillah pun banyak jugak leh jawab...simplify,differentiation, integration dan sebagainya..


selesai UJIAN tu,, terus balek rumah....tamatlah SESI EDUCAMP....






tanggal 21 DISEMBER 2014,, pukul 8 pagi aku bertolak balik dari TRONOH PERAK ke KAMPUNG HALAMAN TERENGGANU......sampai je di TERENGGANU,,,,bukak FON, check MESSAGE,, ada SMS yang menyatakan aku LULUS MEDICAL CHECKUP untuk INSTEP....aku pun apa lagi, terus gi PRINT surat tawaran tersebut dan tunjuk kat BAPAK aku...

BAPAK aku plak sekarang tengah berfikir nak bagi aku MASUK INSTEP ataupun UTP...
so, dengan aku2 sekali berjangkit...aku pun pening SEKARANG,,


INSTEP atau UTP....

tapi bagi aku, baik masuk je INSTEP....da dapat peluang..walaupun setakat TECHNICIAN je,, tapi bukan sng nak dapat peluang ni...

kalau nak tunggu RESULT UTP,,, takut melepas INSTEP dan takut UTP plak tak dapat..
last2 dua2 tak dapat....

so....

INSTEP atau UTP...

arghhh




**ok assalamualaikum..

1 comment: