Wednesday 25 March 2015

Serba Sedikit Mengenai Kehidupan Aku

First cita-cita yang pernah aku ungkapkan adalah ingin menjadi ASKAR atau POLIS...
waktu tu aku berusia 7 tahun...

apabila aku menjelang dewasa, cita2 aku berubah kepada engineer, pilot, pelakon, computer technician, dan macam-macam lagi cita2 aku...haha.

tapi,

yang sebenar-benarnya, sejak aku berumur 12 Tahun, minat aku adalah LEBIH terhadap komputer...

sejak aku berusia 12 tahun, aku dah mula belajar REPAIR komputer..bukan setakat itu sahaja, waktu tu, aku sudah tahu menggunakan mIRC, aku tahu menulis HTML dan buat website di yahoo GeoCities.. oleh kerana BIDANG komputer ini boleh dikatakan berada di dalam aliran ENGINEERING, so, waktu aku form 4, aku ingin mengambil aliran KEJURUTERAAN namun tidak berjaya kerana ...kerana entah kerana apa...

so, aku dimasukkan ke aliran PERAKAUNAN...tanpa minat, aku tetap belajar perakaunan..alhamdulillah, aku sentiasa dapat A dalam subjek perakaunan...

waktu aku FORM 5, aku pernah mewakili Malaysia dalam pertandingan Asia Pacific ICT Awards di Jakarta, Indonesia....kumpulan kami memilih WEBSITE SCHOOL untuk dibentangkan di sana...

setelah tamat SPM, aku mendapat tawaran Asasi Perakaunan di Matrikulasi Gambang Pahang...namun aku menolak, kerana TIADA minat...

aku dapat pula tawaran DIPLOMA SAINS KOMPUTER di UTeM, Melaka.. oleh kerana MINAT, aku setuju...namun,, 3 JAM sebelum bertolak ke sana,,tiba2 ayah berkata "yen, takyah pergi lah".. barang2 semua dah packing,,,tiba2 ayah aku berkata sedemikian,,apa boleh buat....oleh kerana aku taat, aku pun ikut je lah keputusannya dengan rasa agak kecewa, namun aku REDHA dengan ketentuan Illahi.. aku yakin pasti ada hikmah....

setelah SETAHUN berehat di rumah/kedai famili aku (sambil buat perkhidmatan repair komputer dan jaga cyber cafe), akhirnya aku mendapat tawaran DIPLOMA ENGINEERING in HELICOPTER MAINTENANCE di UniKL MIAT...entah kenapa AKU TERIMA...dan ayah aku pun secara SENANG, bersetuju....

setelah TIGA TAHUN belajar di UniKL MIAT (tamat je PRAKTIKAL untuk hari ini,,keesokan hari tu),,,aku pun terus bekerja sebagai IT Technician di Sungai Besi, Kuala Lumpur, sementara menunggu tawaran KERJA bahagian PENERBANGAN..... hanya bekerja dalam beberapa minggu, aku sangat mahir membuat kerja bahagian installation untuk ACCESS DOOR (magnet) dan attandance system...

empat bulan bekerja sebagai IT Technician,, aku merasakan GAJI yang diberikan sangat RENDAH dan tidak CUKUP (iaitu sebanyak RM1000.00).. sehinggakan badan aku pun makin KURUS macam penagih dadah...akhirnya aku dipaksa oleh ayah aku untuk BERHENTI BEKERJA..so aku pun berhenti kerja.....

rasa agak kecewa...kerana...kerana banyak benda...

1st, aku minat IT,,,namun, oleh kerana DIPLOMA yang aku ada tidak berkait dengan kerja aku,, aku hanya layak bekerja sebagai technician...

kedua, kecewa sebab langsung tak dapat tawaran bekerja di bahagian AVIATION...al-maklum, industri penerbangan di Malaysia ni kecik.....

tapi takpe...aku redha..aku yakin pasti ada hikmah...


sekali lagi, aku berehat di rumah selama SATU TAHUN....

dan akhirnya aku dapat tawaran belajar di UTP....
Bachelor of Engineering (honours) in Electrical and Electronics.... yang paling menarik, selama aku berada di rumah sebelum dapat tawaran UTP ni, aku cuba belajar bahasa programming JavaScript secara sendiri....... dan tak ku sangka apa yang aku belajar itu diguna dalam course EE ini...subjek PROGRAMMING, the first SUBJECT yang membuatkan aku terus bersemangat untuk TERUS BELAJAR di UTP ni...

sekian.....itu sahaja...assalamualaikum

Suasana Belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak

Alhamdulillah.....

Sudah hampir 3 bulan berada di UTP..... sekarang baru ada sedikit masa untuk UPDATE blog...

suasana di sini sangat sibuk dengan stadi, assignment,kuiz,test dan sebagainya....TETAPI,,walaupun SIBUK, tak rasa SANGAT TEKANAN tersebut..mungkin sebab suasana di sini yang boleh dikatakan agak tenang.....( library di sini sangat WOW dan amat SELESA untuk STADI )....

alhamdulillah, walaupun aku ambil kursus yang boleh dikatakan sangat CHALLENGING, Elektrikal dan Elektronik (EE), namun, aku tetap boleh mengikuti apa yang dipelajari....mula-mula masuk UTP, memang aku langsung tak faham apa yang diajar...al-maklum, dah lama tinggal subjek2 mengira seperti mathematic... 2 minggu pertama, boleh dikatakan AKU lah orang yang paling bodoh di UTP...haha..

sehinggakan aku pernah menangis pada suatu MALAM itu,, sebab terasa sedih dan pada waktu itu, TERLINTAS di hati ingin berhenti belajar di UTP... tapi apabila difikirkan mengenai DUIT yang telah aku bayar sebanyak RM2900 pada mulanya itu,,,menyebabkan agak BERAT untuk aku berhenti belajar....

keesokan pagi,,, tiba-tiba seolah-olah ada semangat baru dalam DIRI untuk berusaha habis habisan.........waktu tu hujung minggu, roomate balik HOMETOWN...aku pun apa lagi, KUNCI PINTU BILIK,,,teruskan stadi habis-habisan....

dipendekkan cerita,,
 HARI INI,,,, aku tak lagi dianggap student paling bodoh...haha..alhamdulillah, programming (subjek favaourite) aku, baru2 ni dapat 100% untuk lab assignment 1 dan lab assignment 2.....subjek2 lain pun alhamdulillah dapat result yg ok jugak laa..haha....rasanya cukupla setakat ni... kena stadi sikit...esok ada MIDTERM test....

untuk kalian yang belum masuk UTP dan ingin masuk UTP,, aku kongsikan sedikit GAMBAR sepanjang aku belajar di UTP......

 
1st gambar pada mula2 masuk UTP (MASJID UTP)


 
kelas "Introduction to Oil and Gas" (theatre HALL UTP di BLOK K - blok lama)


 
kuliah circuit theory di D3 (pocket D)


 
lepak di luar Masjid UTP selepas selesai solat Isyak berjemaah



kuliah hubungan etnik di D6 (pocket D UTP)


 
berjoging di petang hari ( tepi tasik UTP )



 
asrama Village 6 UTP


 
Undercroft


 
bilik asrama Village 6



subjek programming

 
soalan LAB ASSIGNMENT programming


 
Circuit Theory Tutorial



Chanchellor Hall



belajar dalam library


 
programming di library


 
surau undercroft


 
programming lagi


 
makan2 di pocket D


subjek Ordinary Differential Equation




library UTP


 
kelas subjek TITAS




nak tengok gambar lagi? nanti  aku tepek lagi ok...bye.