Thursday 8 January 2015

Bermulanya Minat dalam Oil & Gas - Part 4 - Terima Tawaran UTP

sambungan dari PART 3

ok...

setelah aku menerima tawaran INSTEP...

tiba-tiba terdetik di hati ingin menyambung DEGREE..pikir punya pikir,, last2 ayah aku berbunyi "mu sambung degree la..anok2 aku, aku nak ade degree belake...muda-muda ni mu dok pikir lagi..nanti mu tua baru la mu nyesal"

akhirnya ,
tanggal 3 Januari 2015
iaitu tarikh di mana sepatutnya aku mendaftarkan diri secara FIZIKAL di INSTEP,,

namun,

aku TIDAK menghadirkan diri...secara tidak langsung, aku TIDAK BOLEH menuntut pelajaran di INSTEP....


so, dipendekkan cerita,,,

untuk menyambung belajar di UTP,
aku pun selesaikanlah apa-apa dokumen dan apa-apa yang patut diselesaikan termasuklah YURAN PENDAFTARAN sebanyak RM2900 melalui SLIP PEMBAYARAN di kaunter CIMB....

setel semua sekali, last sekali, aku FAX "borang penerimaan tawaran" dan salinan SLIP PEMBAYARAN sebagai tanda aku menerima tawaran belajar "Sarjana Muda Kejuruteraan (kepujian) Elektrikal dan Elektronik" di Universiti Teknologi Petronas ...

oleh kerana aku belum dapat tajaan lagi,,,aku terpaksa meminta sedikit bantuan untuk persediaan belajar dari YAYASAN TERENGGANU...


aku pun malas nak taip-taip panjang2...sebab sekarang sudah tiba masanya aku pergi ke TRONOH, PERAK...

baru je siap packing-packing barang masuk dalam kereta....tinggal nak gerak je sekarang ni...

ok,,,siapa-siapa yang baca ni, tolong doakan kejayaan aku...haha... wokeyyyyyyyyy

terima kasih..

 assalamualaikum


Thursday 1 January 2015

Banjir Besar Gelombang Ketiga Januari 2015

Sungguh tidak disangka dan tidak diduga...

Paras air laut meningkat begitu TINGGI....angin begitu kencang...ombak sungguh kuat, sungguh tinggi seperti TSUNAMI sebelum ini yang pernah berlaku di Malaysia pada tahun 2004 yang lepas..

Banyak empangan di Malaysia pecah akibat tidak dapat menampung tekanan yang terlalu tinggi....angin yang begitu kuat menghasilkan satu fenomena ALAM iaitu PUTING BELIUNG...berlaku di banyak tempat..

Pihak kerajaan tidak dapat berbuat apa-apa selain mengisytiharkan darurat bagi seluruh MALAYSIA..

masing-masing cuba untuk  survive, di mana berlakunya perebutan makanan, tempat tinggal dan sebagainya..


apabila aku tersedar dari kegelapan,,,,aku lihat di sekeliling,, aku lihat aku berada di atas katil..

rupa-rupanya aku bermimpi..

sekian..

Bermulanya Minat dalam Oil & Gas - Part 3 - Terima Tawaran INSTEP

sambungan dari PART 2

Tengah-tengah pening kepala memikirkan INSTEP atau UTP....keputusan akhirnya mengatakan

"ok, terima je dulu tawaran dari INSTEP"..



so aku TANDATANGAN la pada kertas "Lampiran A : Borang 101" bagi menyatakan bahawasanya aku SETUJU dan MENERIMA tawaran tersebut...

"Lampiran A : Borang 101" tersebut perlu dihantar (melalui FAX atau EMEL) dalam masa 3 hari selepas dapat TAWARAN (SMS) tersebut....bermakna, hari ni dapat SMS(tawaran), dalam masa 3 hari, aku perlu bagi keputusan SAMA ADA TERIMA TAWARAN atau TIDAK... sekiranya aku TIDAK HANTAR (FAX atau EMEL), automatik aku dianggap "TIDAK MENERIMA" tawaran tersebut....

masuk hari KETIGA, aku pun kelam kabut baru nak emel.. Selesai je email, tiba-tiba aku dapat REPLY yang mengatakan EMEL TERSEBUT TAK BERJAYA dihantar kerana INBOX instep tu dah penuh....so terpaksa la guna khidmat FAX....

ok selesai yang tu...aku selesaikan pula apa yang patut diselesaikan sepertimana di dalam JADUAL A1 di bawah ni


semua aku dah setelkan termasuklah:
-pembayaran RM150 (melalui KAUNTER CIMB)
-setem hasil 5 keping
-dan lain2.


so apabila selesai semua, lega la sikit kepala otak ni..

ok...tak banyak pun yang nak diceritakan....habis cerita setakat ni....

tunggu sambungan berikutnya...

terima kasih..assalamualaikum