Friday 21 February 2014

Teknologi Yang Menguji Tahap Kesabaran Kita apabila ianya bermasalah (TOMBOL PINTU !!!!)

Teknologi ialah sesuatu benda yang diciptakan oleh manusia untuk memudahkan dan menyenangkan kerja manusia...Semakin hari teknologi semakin canggih... begitu juga dengan tombol pintu..nak kunci pintu senang je,, tekan butang kunci, tutup je pintu...dan kita tidak boleh masuk tanpa kuncinya.....hebat kan teknologi ni...

 tapi sekarang ramai orang telah menaiktarafkan lagi tombol pintu ini dengan menambahkan sedikit barang elektronik...contohnya, tombol pintu yang ada butang nombor..so, bila nak masuk, taip password, then boleh masuk...atau tombol pintu yang ada fingerprint reader.....dan macam-macam lagi lah....

TETAPI,,,,,,walaupun bermacam-macam jenis tombol pintu elektronik telah dicipta, tombol pintu yang bulat (gambar kat bawah tu) yang ada kat rumah kita tu masih ramai lagi yang menggunakannya ....kerana apa? kerana harga murah, dan keselamatannya masih lagi terjamin....





aku bebel panjang-panjang bukan lah kerana apa pun...bukan sebab saje nak tambah posting ke apa...tapi cuma tension.....tekanan jiwa kerana pintu kat rumah aku ni selalu saja buat masalah..tapi kadang-kadang sebab silap aku sendiri jugak...

hari tu keluar bilik nak mandi...bila nak masuk balik, pintu plak terkunci..adehh....last-last dapat solution iaitu potong botol air coke besar, dan bentukkan kat hujung tu bentuk curve....letak sedikit minyak masak,, then slide je kat pintu tu banyak kali.. benda ni memang perlukan kesabaran dan ketahanan mental...slide banyak kali dan laju,...naik turun naik turun naik turun laju laju and then KETAKKKKKKK!!! terbuka pintu akhirnya.....

tapi masalah tu walaupun sakit jiwa,, tapi takde lah rasa nak marah sangat,, sebab memang kesilapan sendiri pun...

apa yang menyebabkan mental aku diuji oleh teknologi ini adalah apabila pintu dapur aku ni tidak berfungsi..boleh pulas tapi tak boleh bukak pintu....apa kejadahnya semua ni...... aku try slide pakai botol coke...tetap tak jadi...apa kejadahnya...akhirnya aku membuat keputusan untuk meleraikan tombol tu.. aku cucuk jarum kat lubang tepi tombol tu dan tarik tombol tu...tapi TAK BOLEH TARIK!!!!!!!!!!!!!! arghhhhh!!!!!!... so sekarang ini aku tengah berpikir....tekak dah kehausan air ni,, tapi pintu DAPUR TAK BOLEH BUKAK!!!!!!!!!!!!! arghh!! sekarang aku dah terbayang bayang air sejuk mengalir ke dalam tekak aku...

macam mana ni ya????

UPDATED!!
SETENGAH JAM SELEPAS  ARTIKEL INI diPUBLISH,,,,akhirnya bertemu solusi
KLIK>>> Akhirnya Tombol Pintu Berjaya Dibuka <<<KLIK

No comments:

Post a Comment